Kalau singgah Taiping.....
Selamat Datang Ke Taiping, Bandar Hujan Bandar Warisan... Tempat cantik, aman permai dengan taburan penduduk pelbagai bangsa...
Alhamdulillah.. Dah tahun ke 3 Mekwa berhijrah ke Taiping. Pesan arwah mak.. Tempat terbaik seorang isteri adalah di sisi suami. Kamu hanya tetamu dirumah bonda. Pergilah ke tempat kamu yang sepatutnya kamu berada.. Maka berpindah lah Mekwa ke Taiping meninggalkan Tanah serendah taman sekebun bunga @ Kelantan tanah kelahiran.
Masalah pertama bila berada kat negeri orang ialah makan. Sebab pagi2 rutin Mekwa mesti pekena nasi berlauk, nasi kerabu. Kebetulan pula Allah murahkan rezeki nk dapat baby. Buat perangai laaaa... Hari2 mengidam nk makan menu Kelantan. Nak nasi kerabu, Nasi kak wok, nasi berlauk.. Taiping ni pulak x mcm KL. Ada je yg jual. Tapi tak ramai n agak sukar mendapat yang kena ngn selera sendiri ( ekceli MEKWA TAK SUKA MAKANAN MANIS). Aku lah Kelantanis yang pantang makan nasi kerabu versi manis. Mmg tak blh nk telan.
Nak dijadikan cerita. PKP pulak.. Ngn mengandung lagi. Ngn selera asyik nk makan nasi kerabu.. Bau nasi lemak jadi nk muntah.. Nasi kandar pun tak reti nak telan.
Maka bermula lah episod Mekwa buat nasi kerabu sendiri (ikut resepi arwah mek ajar). Renyah.. Setakat nk makan sepinggan tak berbaloi nak masak. Maka start OPEN ORDER. alhamdulillah.. Setiap hari ada sambutan. Order masuk nonstop. Sambil makan sambil jual..
Dari masak kat dapur. Cust mula hasut suruh bukak kedai.. Macam tak nak sebab tak mau banyak masalah. Lagipun takut tak mampu nk urus. Namun perancangan Allah swt yang terbaik. Kebetulan anak saudara yang abis belajar dok menganggur offer diri nak niaga.
Maka... Kami pun cuba lah bukak warung kecil sewa ngn majlis bandaran. Dengan bantuan anak saudara, suami n 2 staff. Kami mulakan jualan NASI KERABU MEKWA. Bertempat di Medan Selera Jalan Selera, Kamunting Perak. first time berniaga makan. Penat nak mampos.. Tapi seronok..
Alhamdulillah.. Sambutan diberi warga setempat amat menggalakkan. Selain nasi, kami juga jual KOPI MESIN Special. Yang ni suami buat. Dia manfaatkan cuti PKP belajar buat kopi. Tobat ah sedap sbb biji kopi pun suami panggang sendiri. Bau aroma kopi kedai kami mmg buat pelanggan beratur panjang. Wangi ahhh... Campur pulak ngn bau ayam n daging panggang Pekena ngn nasi kerabu.. Alhamdulillah... Puas hati tengok pelanggan makan sampai licin pinggan.
2022, kami upgrade bisnes. Dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan. Kenaikan harga barang mentah yang makin mencekik leher.. Kami cuba untuk survive. Alhamdulillah.. Kami kini bertapak di ILBP Business Park, Jalan Istana Larut, Taiping.
Kami tambah baik beberapa menu n pelbagaikan menu nasi putih juga. Maklumlah tak semua orang suka makan nasi kerabu. Ada yang baru nak belajar. So kat kedai sekarang kami tambah menu Nasi Kukus, Nasi Geprek, Asam Pedas Melaka, Masak lemak cili api pun ada.. Yang pasti semua menu ni sedap 2 semuanya sbb lepas masak WAJIB KENA IKUT PIAWAIAN LIDAH SUAMI saya. (psssttt.. Dia punya lidah blh detect benda apa yg kita lupa masuk dalam resepi)
Alhamdulillah...
Sekarang kami hadir dengan pelbagai menu nasi Dan Kopi.Yang paling femes kat kedai NASI KERABU ITIK SALAI (killer menu)
So.. Kepada sesiapa yang berada di TAIPING, Perak. Jangan lupa cari MEKWA @ Nasi Kerabu Mek Wa. Insyallah.. Menu kami pasti menepati selera anda.
📍MEKWA (Nasi & Kopi) ILBP Taiping, Perak.
Location:
https://maps.app.goo.gl/XAwbf3YNoYHKx8nh7
📲 Whatsapp:
https://wa.link/5s7bix
🍛Nasi Kerabu, Nasi kukus gulai kerutuk
Nasi ayam geprek, asam pedas, masak lemak cili api dan lain2
☕ Hot Latte, German Cappuccino, Latte ice Special, Sweet Mochaccino, Dirty Mocha, Cold brew soda
⏱️Waktu jam di buka:
👉 Jumaat & Sabtu: 9am - 9.00 mlm
👉 Cuti setiap KHAMIS
MENU ODER SELF PICKUP @ BOOKING ORDER 👇👇
https://op.yummyadvisor.my/qr/7M23695
🛵Mekwa Grabfood Link:
https://bit.ly/3dZDeFJ
#kopimekwa
#nasikerabumekwa #makanbesttaiping
# nasi kerabu #coffee #asampedas
perak #taiping













Comments
Post a Comment