Kalau singgah Taiping.....
Selamat Datang Ke Taiping, Bandar Hujan Bandar Warisan... Tempat cantik, aman permai dengan taburan penduduk pelbagai bangsa... Alhamdulillah.. Dah tahun ke 3 Mekwa berhijrah ke Taiping. Pesan arwah mak.. Tempat terbaik seorang isteri adalah di sisi suami. Kamu hanya tetamu dirumah bonda. Pergilah ke tempat kamu yang sepatutnya kamu berada.. Maka berpindah lah Mekwa ke Taiping meninggalkan Tanah serendah taman sekebun bunga @ Kelantan tanah kelahiran. Masalah pertama bila berada kat negeri orang ialah makan. Sebab pagi2 rutin Mekwa mesti pekena nasi berlauk, nasi kerabu. Kebetulan pula Allah murahkan rezeki nk dapat baby. Buat perangai laaaa... Hari2 mengidam nk makan menu Kelantan. Nak nasi kerabu, Nasi kak wok, nasi berlauk.. Taiping ni pulak x mcm KL. Ada je yg jual. Tapi tak ramai n agak sukar mendapat yang kena ngn selera sendiri ( ekceli MEKWA TAK SUKA MAKANAN MANIS). Aku lah Kelantanis yang pantang makan nasi kerabu versi manis. Mmg tak blh nk telan. Nak dijadikan cerita. ...